Bolehkah saya menggunakan semula Poket Simpanan bagi tujuan simpanan yang lain?

Bolehkah saya menggunakan semula Poket Simpanan bagi tujuan simpanan yang lain?

Ya, anda boleh menyesuaikan semula Poket Simpanan anda dengan memadam matlamat sebelumnya dan menambah matlamat yang baharu. Anda boleh teruskan mengguna Poket ini dengan matlamat baharu itu.

Untuk memadam matlamat yang sedia ada atau menambah yang baharu, ikut langkah-langkah ini:
1. Lancarkan aplikasi Ryt Bank anda.
2. Pada skrin utama, klik “Lihat semua” di bawah bahagian “Akaun” untuk menavigasi ke senarai akaun.
3. Dalam senarai akaun, klik pada Poket Simpanan yang ingin diedit untuk mengakses skrin pengurusannya.
4. Pada skrin pengurusan Poket Simpanan, klik “Lagi”.
5. Pilih “Tambah matlamat” untuk menetapkan matlamat baharu jika Poket itu tidak mempunyainya atau pilih “Padam matlamat” untuk membuang matlamat yang sedia ada.