Bilakah saya perlu menjalani Tempoh Bertenang?

Bilakah saya perlu menjalani Tempoh Bertenang?

Buat masa ini, terdapat dua senario Tempoh Bertenang yang akan melibatkan anda:

1. Jika anda pengguna sedia ada yang telah menggandingkan akaun anda dengan peranti baharu (termasuk memadam dan membuang aplikasi pada peranti yang sama); atau
2. Jika anda pengguna sedia ada yang telah menaikkan had transaksi anda.

Bank sentiasa mengawasi keberkesanan langkah-langkah keselamatan ini dan mungkin menjalankan Tempoh Bertenang bagi tindakan lain untuk melindungi anda, menghalang penipuan dan meningkatkan keselamatan perbankan.