Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penipuan dengan langkah ‘3S – Spot (Kenal Pasti), Stop (Henti), dan Share (Kongsi)’?

Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penipuan dengan langkah ‘3S – Spot (Kenal Pasti), Stop (Henti), dan Share (Kongsi)’?

KENAL PASTI
Perhatikan tanda-tanda penipuan. Soal, siasat, dan sahkan untuk memastikan yang anda berurusan dalam transaksi yang sahih. 

HENTI 
Jika sesuatu perkara kelihatan meragukan atau mencurigakan berhenti berurusan dengan penipu itu. Jangan berikan sebarang butiran perbankan atau pembayaran. 

KONGSI 
Kongsikan apa yang anda tahu tentang penipuan dengan kawan dan keluarga. Bantu melindungi orang lain dengan melaporkan penipuan kepada pihak berkuasa yang berkenaan supaya mereka boleh bertindak.