Anda boleh menyediakan penghantaran duit berjadual dalam beberapa cara:
Aturkan penghantaran duit semasa pemindahan dana antara Akaun Utama dan Poket Simpanan:
1. Pilih Akaun Utama anda atau Poket Simpanan dari skrin utama sebagai akaun destinasi.
2. Pilih “Lagi”, kemudian “Tambah penghantaran duit berjadual”.
3. Pilih sumber dana.
4. Masukkan jumlah yang dimahukan dan aturkan butiran jadual anda.
5. Semak butiran penghantaran duit yang dijadualkan dan pilih “Sahkan”.
Jadualkan pemindahan semasa penciptaan Poket Simpanan:
1. Pada skrin utama, pilih pada "Lihat semua” di bawah bahagian “Akaun” untuk menavigasi ke skrin senarai akaun.
2. Dalam skrin senarai akaun, pilih “Buat Poket Simpanan” untuk mula mencipta Poket Simpanan baharu.
3. Masukkan nama dan matlamat Poket Simpanan anda.
4. Pilih cadangan penghantaran duit berjadual daripada skrin yang disediakan.
5. Pilih sumber dana.
6. Masukkan jumlah jadual anda dan pilih pada “Sahkan jadual”.
7. Semak penghantaran duit berjadual yang telah berjaya ditetapkan.
Cara lain, anda boleh buat menjadualkan pemindahan baharu antara Poket Simpanan atau antara Akaun Utama dan Poket Simpanan melalui “Tetapan”, pilih “Penghantaran Duit Berjadual”, kemudian pilih “Baharu” dan pilih “Dalam akaun saya”.