Memuat turun Aplikasi
Muat turun aplikasi Ryt Bank daripada Apple App Store atau Google Play Store.
Huawei app gallery tidak disokong buat masa ini.
Kelayakan
Untuk layak, anda mestilah:
• Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
• Warga Malaysia dengan MyKad yang sah;
• Menetap di Malaysia; dan
• Pemegang akaun simpanan atau semasa individu sedia ada dengan mana-mana bank, yang akan membuat deposit permulaan ke dalam akaun Ryt Bank anda.
Keperluan Peranti
• Peranti Apple atau Android dengan kamera yang berfungsi di depan dan belakang.
• Sambungan selular atau Wi-Fi yang stabil.
• Peranti anda mesti disediakan untuk menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bagi tujuan pengesahan dan komunikasi lain.
• Peranti anda mesti mempunyai sistem pengendalian iOS 15 ke atas bagi peranti Apple, atau Android 11 ke atas bagi peranti Android.
• Peranti Huawei tidak disokong pada masa ini.
Maklumat yang Diperlukan
• Nombor telefon bimbit yang sah;
• Alamat e-mel yang sah;
• Maklumat peribadi; dan
• MyKad.