Bagaimana anda boleh melindungi akaun anda?
1. Muat turun dan pasang aplikasi Ryt Bank daripada kedai aplikasi rasmi seperti Google Play Store dan Apple App Store. Awasi penipuan yang memperdayakan anda untuk memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak dikenali.
2. Simpan maklumat perbankan peribadi seperti ID pengguna, kod laluan dan nombor akaun anda dengan selamat. Jangan sekali-kali berkongsinya dengan sesiapa pun, termasuk kami.
3. Kerap mengemas kini kod laluan perbankan mudah alih anda, dan jangan sekali-kali berkongsinya dengan sesiapa pun.
4. Gunakan kod laluan yang kukuh dan selamat. Elakkan mengguna nombor berurutan atau berulang, dan jangan gunakan maklumat yang mudah diteka seperti nombor telefon bimbit, nombor NRIC dan tarikh lahir anda.
5. Aktifkan notifikasi aplikasi Ryt Bank untuk menerima kemas kini tentang semua transaksi anda dalam masa nyata.