Apakah yang perlu saya buat jika saya tidak sengaja membuat transaksi QR DuitNow kepada penerima yang salah dan saya perlu membatalkannya?

Apakah yang perlu saya buat jika saya tidak sengaja membuat transaksi QR DuitNow kepada penerima yang salah dan saya perlu membatalkannya?

Jika anda membuat kesilapan, sila hubungi Ejen Khidmat Pelanggan kami dan berikan maklumat berikut:

• Tarikh dan masa transaksi;
• ID rujukan pemindahan; dan
• Maklumat akaun penerima

Ryt Bank akan berurusan dengan bank penerima dan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan balik dana itu. Sila ambil maklum bahawa Bank akan berusaha untuk mendapatkan balik dana dalam tempoh masa yang munasabah, dan tertakluk pada Terma dan Syarat QR DuitNow. Di samping itu, anda perlu membuat laporan polis, dan memberikan semua butiran transaksi yang berkaitan bagi membantu penyiasatan.