Apakah yang perlu saya buat jika saya tidak sengaja membuat pemindahan ke nombor akaun yang salah dan ingin membatalkan pemindahan itu?

Apakah yang perlu saya buat jika saya tidak sengaja membuat pemindahan ke nombor akaun yang salah dan ingin membatalkan pemindahan itu?

Jika anda membuat kesilapan, sila hubungi Ejen Khidmat Pelanggan kami dan berikan maklumat berikut:

• Tarikh dan masa transaksi;
• ID rujukan pemindahan; dan
• Maklumat akaun penerima.

Ryt Bank akan berurusan dengan bank penerima dan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan balik dana itu. Sila ambil maklum bahawa Bank akan berusaha untuk mendapatkan balik dana dalam tempoh masa yang munasabah, dan tertakluk pada Terma dan Syarat Pemindahan DuitNow. Di samping itu, anda perlu membuat laporan polis, dan memberikan semua butiran transaksi yang berkaitan bagi membantu penyiasatan.