Apakah itu Penipuan Pancing Data?

Apakah itu Penipuan Pancing Data?

Apakah ini?
Penipuan pancing data adalah skim penipuan di mana penipu mencuba untuk mencuri maklumat peribadi, kewangan, atau log masuk dengan menyamar sebagai entiti sah, seperti bank, syarikat atau organisasi yang boleh dipercayai.

Bagaimana ia berfungsi?
1. Penipu sering kali menghantar e-mel, mesej, atau panggilan yang nampaknya datang daripada sumber sah dengan logo dan bahasa rasmi, untuk memperdayakan orang. 
2. Mesej biasanya mengandungi hiperpautan boleh klik, yang direka untuk menipu anda supaya memasukkan butiran perbankan atau maklumat peribadi anda. 
3. Mangsa diperdayakan untuk memasukkan maklumat sensitif, seperti nama pengguna, kod laluan, atau butiran kad kredit, yang kemudiannya dicuri oleh penipu.

Apakah yang perlu saya buat?
1. Awasi mesej tidak diingini, yang meminta maklumat peribadi atau kewangan.
2. Sentiasa pastikan yang anda log masuk ke dalam akaun perbankan anda melalui laman web rasmi bank. 
3. Perhatikan pautan laman web dengan teliti sebelum meneruskan aktiviti perbankan anda. Semak dua kali bahawa URL adalah betul dan bermula dengan ""https://"" untuk memastikan anda berada di tapak yang selamat dan sah.
4. Elakkan mengklik pautan atau memuat turun lampiran daripada sumber yang tidak dikenali atau mencurigakan.