Apakah ini?
Akaun bank yang dieksploitasi oleh pihak ketiga atau penipu untuk menerima atau memindahkan dana yang mungkin telah dicuri, diubah, atau ada berkaitan dengan aktiviti haram.
Bagaimana ia berfungsi?
1. Penipu mungkin mendatangi anda dan meminta untuk ‘menyewa’ akaun bank anda, dengan menjanjikan wang mudah.
2. Anda mungkin ditawarkan pekerjaan yang menarik dan nampaknya terlalu bagus untuk dipercayai. Sebahagian daripada tawaran itu termasuk mendaftarkan akaun bank baharu dan menyerahkan kad ATM atau butiran perbankan dalam talian.
3. Sesetengah peminjam wang haram atau tidak berlesen mungkin meminta kad ATM anda sebagai cagaran semasa proses memohon pinjaman.
Apakah yang perlu saya buat?
1. Jangan sekali-kali menerima tawaran pekerjaan atau ganjaran yang nampaknya terlalu bagus untuk dipercayai, sebagai balasan untuk menggunakan akaun bank anda. Sahkan kesahihan syarikat dan tawaran pekerjaan itu sebelum berkongsi sebarang maklumat.
2. Jangan sekali-kali berkongsi butiran perbankan anda, seperti nombor kad ATM, PIN, atau butiran perbankan dalam talian dengan sesiapa pun.
3. Semak nombor akaun penerima di laman web Semak Mule.