Apakah itu pendaftaran dan pengeluaran peranti?
Pendaftaran peranti akan menyambungkan peranti anda dengan aplikasi Ryt Bank secara selamat, untuk membolehkannya membuat Pengesahan Berbilang Faktor (MFA). Ini menambahkan satu lagi peringkat perlindungan untuk akaun anda.
Anda perlu mengeluarkan peranti anda daripada akaun dalam situasi tertentu:
1. Jika anda ingin menukar peranti, anda perlu keluarkan peranti itu dari akaun supaya anda boleh log masuk dan mendaftarkan peranti yang baharu dengan akaun.
2. Jika anda ingin menjual, menghadiahkan, atau membuang peranti anda, keluarkan peranti tersebut dari akaun untuk memastikan keselamatan akaun anda.