Apakah itu Pemindahan DuitNow?
Pemindahan DuitNow ialah perkhidmatan pemindahan segera yang membolehkan anda menghantar wang dengan menggunakan nombor akaun atau DuitNow ID seperti nombor telefon bimbit anda, NRIC, nombor pasport, nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) atau nombor Tentera/Polis.
Nota: Buat masa ini, Ryt Bank menerima pendaftaran nombor telefon bimbit dan NRIC bagi DuitNow ID. Namun, anda boleh membuat pemindahan ke DuitNow ID jenis lain, asalkan DuitNow ID itu sudah berdaftar dengan sebuah bank.