Adakah saya memerlukan deposit minimum untuk membuka Akaun Simpanan Ryt Bank?
Untuk berjaya membuka dan mengaktifkan akaun, anda perlu melakukan pemindahan minimum sebanyak RM1.00 ke Akaun Simpanan Ryt Bank anda dari akaun bank lain di Malaysia yang berdaftar di bawah nama anda. Pemindahan dana bagi deposit permulaan ini boleh dibuat melalui DuitNow ke Akaun Simpanan Ryt Bank anda.