Analisis
Adakah ciri Analisis tersedia untuk semua pelanggan Ryt Bank?
Ya, ciri Analisis tersedia untuk semua pengguna Ryt Bank yang mempunyai akaun yang aktif.
Adakah apa-apa yuran dikenakan untuk menggunakan ciri Analisis?
Tidak, ciri Analisis adalah percuma untuk semua pengguna Ryt Bank.
Bolehkah saya mengeksport data Analisis saya?
Buat masa ini, anda tidak boleh mengeksport data Analisis.
Bolehkah saya mengkategorikan semula transaksi saya?
Buat masa ini, anda tidak boleh mengkategorikan semula transaksi anda. Namun, kami sedang berusaha untuk memperbaiki ciri ini supaya anda boleh menyesuaikan dan memperibadikan kategori transaksi anda sendiri. Nantikan ciri ini!
Bagaimana transaksi dikategorikan?
Transaksi secara automatik dikategorikan berdasarkan perkara berikut: • Jenis Transaksi: cth., pemindahan, faedah • Butiran Peniaga: cth., nama peniaga, industri, atau maklumat transaksi Contohnya, pembayaran di kedai barang runcit mungkin ...
Bolehkah saya melihat Analisis untuk bulan-bulan sebelumnya?
Ya, Analisis membolehkan anda melihat transaksi dan corak berbelanja anda untuk bulan-bulan sebelumnya. Anda boleh menyemak pecahan bulanan anda dengan mudah untuk melihat trend Wang Masuk dan Wang Keluar secara berperingkat.
Apakah transaksi yang termasuk dalam Analisis?
Transaksi yang menukar baki akaun anda akan dimasukkan dalam Analisis. Contohnya: • Deposit (cth., gaji, bayaran balik) • Pembayaran (cth., bil, pembelian dalam talian) • Pemindahan kepada dan daripada akaun luar Transaksi dalaman, seperti pemindahan ...
Bagaimana saya boleh mengakses ciri Analisis?
Anda boleh mengakses ciri Analisis dengan mengikuti langkah-langkah ini: 1. Lancarkan aplikasi Ryt Bank anda 2. Pada skrin utama, klik “Analisis” yang terletak di tab bawah untuk menavigasi ke skrin Analisis. Dari situ, anda akan dapat melihat ...
Bagaimana Analisis boleh membantu saya memperbaiki pengurusan wang saya?
Analisis memberikan gambaran keseluruhan yang jelas tentang aliran masuk wang dan tabiat berbelanja anda, supaya anda boleh: • Mengenal pasti pembahagian wang anda (cth., makan, membeli-belah, bil) • Menjejak trend belanja dan simpanan secara bulanan ...
Apakah itu ciri Analisis?
Ciri Analisis membantu anda menjejak transaksi anda di aplikasi Ryt Bank dengan mengaturnya ke dalam kumpulan Wang Masuk (aliran masuk) dan Wang Keluar (belanja). Transaksi anda akan dikategorikan selanjutnya menurut bulan dan dikumpulkan berdasarkan ...